Vermeer menyatakan semangat kerjasama dan penyelesaian masalah dipanjangkan kepada kerajaan AS dan pihak ketenteraan yang dipertanggungjawabkan ke atas Perisai Keamanan II dan kepada pelanggan-pelanggan Saudi. "Setiap orang bekerjasama dalam menjayakan program ini. Jika anda tidak lihat kepada lencana mereka, anda tidak kenalpasti siapa mereka."
Anda mungkin terfikir selepas program Perisai Keamanan II ini selesai, Jabatan Pertahanan akan meneliti dengan mendalam bagaimana program ini boleh berjaya dengan hebatnya. Sayangnya, walaupun demikian, pendekatan yang digunakan dalam Perisai Keamanan II tidak digunapakai semula dalam program Jabatan Pertahanan yang lain. Satu sebabnya adalah ada antara pegawai Jabatan Pertahanan, yang selesa dengan pelaksanaan program terdahulu, merasakan bahawa Hughes telah mendapat keuntungan terlalu banyak melalui kontraknya. Mungkin antara mereka terlupa mengenai kacau-bilau yang berlaku semasa Perisai Keamanan I, dan mengaitkan Hughes telah melebih-lebihkan kepicikan kepayahan pelaksanaan semasa perjalanan kerja 54 bulan. Kritikan yang tinggi ini tidak asing bagi Perisai Keamanan II; program pertahanan lain yang berjaya juga diragui, yang mana pengurus-pengurusnya dikatakan "menipu" untuk menempa kejayaan.
Wednesday, November 5, 2008
Monday, November 3, 2008
Memahami Ketertewasan Dengan Meneliti Kemenangan
Dalam penguasaan terhadap pertahanan, kejayaan adalah suatu yang luar jangkaan. Tetapi untuk memahami mengapa kedua-duanya selalu gagal, adalah lebih bepedoman jika kita dapat belajar dari mereka yang telah menempa kejayaan.
Dalam tulisan Henry Petrosky 1992 dalam bukunya To Engineer is Human: The Role of Failure in Succesful Design, beliau menyatakan, "Tiada sesiapa yang mahu belajar daripada kesilapan, tetapi kita tidak boleh belajar daripada kejayaan untuk melangkaui tahap teknologi yang termaju dan terkini."
Hakikatnya, menurut pemerhatian Petrosky, "kejayaan" ialah keadaan yang menjadi peraturan dalam kejuruteraan manakala kegagalan pula adalah suatu yang luar dari kebiasaan. Apabila sesuatu hasilan produk atau sistem itu dilancarkan, rekabentuk dan implementasi yang digunakan untuk pembangunan sistem tersebut dikaji dengan sangat mendalam, kemudian disalin dengan meluas. Apabila menjangkaui masa, pendekatan tersebut meningkat baik sehinggalah, seperti yang diutarakan oleh Petrosky, seseorang atau sesuatu memaksa pendekatan tersebut melewati hadnya dan menyebabkan kegagalan. Kejayaan kejuruteraan masa hadapan datang daripada pemahaman kepada penyebab-penyebab kepada kegagalan, dan kegagalan yang besar menjadi kajian kes kepada generasi jurutera.
Walaupun demikian, dalam dunia kejuruteraan yang berteknologi tinggi yang berinspirasikan penguasaan pertahanan, kejayaan merupakan suatu yang luar kebiasaan, tetapi kegagalan adalah biasa berlaku. Tetapi untuk memahami mengapa kedua-duanya selalu gagal, adalah lebih bepedoman jika kita dapat belajar dari mereka yang telah menempa kejayaan.
Salah satu kejayaan dalam program pemilikan sistem pertahanan ialah Perisai Keamanan II yang bernilai USD 1 billion, pertahan darat-ke-udara seluruh negara , dan sistem perintah, kawal dan komunikasi yang dibangunkan bagi Tentera Udara DiRaja Saudi pada awal 1990an oleh Hughes Aircraft (sekarang dimiliki oleh Raytheon). Disebabkan projek tersebut dianggap "niaga ketenteraan luar" antara kontraktor pertahan AS dengan pertahanan negara lain, Tentera Udara AS bertindak sebagai orang tengah.
Kejayaan Perisai Keamanan II terserlah dan wujud akibat kegagalan Perisai Kemanan I yang mana ianya dibatalkan pada 1991 akibat berjalan terlalu lewat iaitu tiga tahun daripada perancanagn sebenar serta melangkui peruntukan sebanyak USD1.6 billion. Disebabkan masalah yang pernah dihadapi dalam Perisai Keamanan I, beberapa penilaian pihak kerajaan menganggarkan Perisai Keamanan II mengambil masa 116 bulan untuk selesai berbanding 54 bulan yang dirancangkan. Menariknya, sistem Perisai Keamanan II telah sempurna dilengkapkan hanya selama 47 bulan - 7 bulan lebih awala daripada jadual asal serta melebihi keperluan fungsian.
Bagaimana keadaan berkenaan berlakau? Pada mulanya, kontrak Perisai Keamanan II adalah pada nilai yang tetap dan tidak boleh dirunding, dengan klausa insentif yang memberi peluang kepada Hughes untuk mencapai untung lebih USD 50 juta jika berjaya menyiapkan kerja yang berkenaan tiga bulan lebih awal atau terpaksa membayar USD 50 juta jika lewat tiga bulan menyelesaikannya. Klausa insentif berkenaan bukan lagi baru pada ketika itu, lalu pengurusan Hughes mengumumkan kepada 900 jurutera yang bekerja untuk projek itu untuk berkongsi 40% daripada keuntungan USD 50. Jika projek berkenaan selesai awal, setiap jurutera bakal memperolehi USD 20 000 bagi bayaran bonus.
Jeffrey D. Vermeer merupakan pengurus kepada Hughes bagi projek Perisai Keamanan II, dan beliau memberikan beberapa sebab kejayaan projek tersebut. Pertamanya, Vermeer menyatakan bahawa pengurus program merupakan seorang yang sangat berpengalaman dan sangat terbuka untuk mendengar cara menangani risiko dan masalah program tersebut dan bersedia melakakukan sesuatu terhadapnya. "Kami mempunyai pengurus program yang dikatakakan mempunyai wawasan yang jelas, ' Apa yang boleh kita buat untuk melenturkan risiko itu?', kemudian buku semakan diwujudkan bagi membiayai pelan pelenturan itu."
Bagi membantu mengenalpasti masalah, pasukan Hughes mengadakan empat-jam mesyuarat "risiko" setiap hari, kata Vermeer. "Sesiapa sahaja dalam pasukan dijemput. Apa yang dibincangkan ialah sebilangan kecil butiran yang boleh meletakkan program tersebut dalam risiko: samada masalah yang wujud sekarang atau sesuatu yang berpotensi menjadi masalah. Tujuannya ialah memperkatakan apa yang telah dibuat dengan betul, dan mengemukakan, atau untuk memahami dengan lebih mendalam mengapa butiran tersebut dititikberatkan." Pasukan itu juga telah menjana senario yang begitu terperinici dari pelbagai cara yang menyebabkan program tersebut boleh terjerumus ke dalam masalah. Senario-senario yang dihasilkan membenarkan para jurutera menghasilkan rekod perihal yang menunjukkan arus perkembangan dan kepincangan yang membantu mengenalpasti yang perkara-perkara dan ruang lingkup yang bermasalah.

Labels:
Jabatan Pertahanan,
keamanan,
perisai,
Petrosky,
vermeer
Subscribe to:
Comments (Atom)